abcdefghijkl....

abcdefghijkl....

Thursday, May 5, 2011

Second Baby


Tepat jam 11.28 malam pada 19.04.2011 aku telah selamat melahirkan cahayamata kedua dengan beratnya 3.14kg. Nur Athirah Binti Zikri Husseni telah menjadi pilihan aku dan suamiku...bagi kami makna nama tersebut menyebabkan hati kami terpaut dengan nama tersebut. Nur Athirah dilahirkan dengan putih bersih tanpa secalit darah ditubuhnya.. Nur Athirah merupakan puteri kami yang kedua dan kami sangat bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya...
Walaupun pada mulanya Nur Athirah dikatakan sonsang didalam kandungan tetapi akhirnya dia kembali ke keadaan yang sepatutnya dengan izin Allah S.W.T. , doktor menyuruh aku diindius agar dia x sonsang kembali.dan aku bersetuju asalkan bayiku ini selamat..
Kontraksi yang aku alami amat getir kerana setiap seminit sakitnya menyerang tetapi sakit tersebut hilang bila jururawat meltakkannya diatas pangkuanku sejurus dilahirkan....betapa besar nikmat yang tuhan berikan kepada ku dan suamiku..
Akan ku pelihara amanat Allah ni dengan sebaiknya.....dan jutaan terima kasih aku ucapkan kepada jururawat yang membantu aku melahirkan bayiku ini dan juga kepada jururawat di wad 2A di hospital Putrajaya...Layanan mereka amat baik...dan terima kasih juga buat doktor yang bertugas di sana...
Satu perkara yang manarik hatiku..kerana aku ditempatkan di katil 9 dan apabila di labor room aku ditempatkan di bilik no 9 juga dan aku melahirkan puteri ku ini pada 19hb...satu angka yang amat menarik....

Syukur alhamdulillah.................

No comments: