abcdefghijkl....

abcdefghijkl....

Saturday, May 14, 2011

14/05/2011

Hari ini merupakan hari istimewa didalam hidupku..kerana pada tarikh keramat ini aku dilahirkan di bumi ALLAH ini..Hari ini genap umurku 28 tahun.....
Pada kali ini aku menyambut hari lahirku ketika aku masih didalam pantang....walaupun didalam pantang ibu ku belanja kami sekeluarga makan pizza hut n membeli kek pada ku...aku sungguh bersyukur....
Aku berazam agar imanku dapat ditingkatkan dan aku ingin menjadi seorang insan yang sabar dan tidak cepat melatah..aku akan cuba melatih diri ini menjadi insan yang berguna ....
Dan aku juga berzam untuk menjadi seorang insan yang taat kepada ALLAH, anak yang baik kepada ibu bapaku, seorang isteri yang solehah dan taat kepada suami dan menjadi ibu yang baik buat puteri-puteriku.
Mungkin azam ku kelihatan agak tinggi tetapi aku akan cuba untuk menjadi yang terbaik..Dan aku berharap agar aku berjaya didalam pelajaran dan kerjaya ku.....Semuanya di tangan Tuhan...Aku hanya mampu merancang..tetapi yang tersirat dan tersurat adalah datang dari ALLAH...
Semoga aku berjaya......chaiyokkkk..gogo aina go....

Tuesday, May 10, 2011

11/05/2011

Hari ni genap 22 hari aku berpantang...dan nur athirah kini berusia 22 hari...terdapat perkara yang merisaukan aku dimana bb ku ini asyik buang air besar...kecian tgk dia dimana punggung dia merah...
Nur Athirah juga sukar untuk tidur samada siang atau malam..sentiasa hendak berjaga dan asyik mahukan susu.....tetapi kadang-kadang kesian tgk dia cos bila byk minum maka dia byk buang n byk muntah...
Semalam dia muntah sampai kuar kot hidung..risau dibuatnya....ingat hari ni aku mahu bawa bb ku ini ke klinik untuk chek up...
Kakaknya Nur amirah asyik menonton channel baru diAstro ..channel 681..khas untuk bayi dan kanak2...ceritanya semua berbentuk kartun dan pembelajaran...nur amirah juga makin petah bercakap dan makin sayang adiknya....
Aku pulak mcm biasa menjalani kehidupan berpantang dan tugasku sebagai ibu...adakalanya tidak cukup tido tp untuk puteri2 ku tak mengapa....
Cian juga buat hubby ku kerana sunyi...tp tak mengapa minggu depan kita jumpa k...miss u....
Inilah coretanku buat masa kini...

Saturday, May 7, 2011

Mother's Day




Hari ini 7/05/2011 merupakan hari ibu buat semua ibu di seluruh antero dunia...Sempena hari ibu ini aku ingin mengucapkan selamat hari ibu buat ibuku yang tersayang Che Noriah Binti Ani... Beliau merupakan seorang ibu yang amat kusanjungi dan ku sayangi...Tanpa beliau apa tah dah jadi kat aku ni......Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan beliau mesti hidupku terumbang-ambing....

Segala pengorbanan yang mak curahkan akan aina kenang selagi hayat dikandung badan dan takkan dapat dibalas sehingga nafasku yang terakhir........

Ibuku Che Noriah merupakan seorang ibu yang berhati waja dan cekal orangnya...seorang yang lemah lembut dan menjadi kawan2 buat anak2......segala masalah yang anak-anak hadapi akan didengari dengan peneuh perhatian oleh ibuku....

Sempena hari ibu ini....aku ingin mengucapkan selamat hari ibu buat ibuku yang tersayang...semoga kedidupannya sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T. dan semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....

We love u mom.....



Thursday, May 5, 2011

6/05/2011






Hari ini genap aku berpantang selama 16 hari ......masih jauh perjalanan pantang ku......x sabar nak mkn sedap2.....Hari ini puteri keduaku Nur Athirah telah selamat bercukur...telah botak anak ibu ni....semasa dicukur asyik mengeliat je...susah kak bidan tu nak cukur rambutnya...setelah dicukur..mcm cina rupa puteriku ini.....kakak dia asyik duk sayang je adik dia....kakaknya amat sayang adik dia...walaupun kadangkala dia bersikap kasar..tapi biasa la budak2 cara manjanya agak kasar...jika org dtg n cakap nak ambil adik dia..dia x bagi...itu menunjukkan dia mengerti yang dia sudah menjadi kakak dan sayang adiknya.....
Hari ini juga telah selamat aku berurut selama tiga hari...badanku terasa ringan sedikit......
Disini disertakan gambar puteri-puteriku yang comel ini....

5/05/2011



Hari ini genap 16 hari aku berpantang . Ku kini selamat berpantang dikedah bersama 2 puteriku...Nur Amirah dan Nur Athirah...Hari ini rutinku mcm hari biasa ..pada jam 7.00 pg aku melakukan aktiviti bertungku sehingga jam 8. Jam 8 Nur Athirah bangun kerana perutnya kembung aku demah perutnya akhirnya dia dapat tidur kembali dengan nyenyaknya...Pada jam 9 lebih kak ija datang untuk mengurutku....hari ni hari kedua aku mengurut....sedap badanku kerana diurut...

Nur Amirah telah dipotong rambutnya oleh maktoknya sehingga pendek pada hari ini...Nur Athirah pula makin jaga siang..dan malam dia dapat tido dengan nyenyak...Sungguh comel nur amirah bila berambut pendek....

Esok giliran Nur Athirah pulak untuk dicukur rambutnya....



Second Baby


Tepat jam 11.28 malam pada 19.04.2011 aku telah selamat melahirkan cahayamata kedua dengan beratnya 3.14kg. Nur Athirah Binti Zikri Husseni telah menjadi pilihan aku dan suamiku...bagi kami makna nama tersebut menyebabkan hati kami terpaut dengan nama tersebut. Nur Athirah dilahirkan dengan putih bersih tanpa secalit darah ditubuhnya.. Nur Athirah merupakan puteri kami yang kedua dan kami sangat bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya...
Walaupun pada mulanya Nur Athirah dikatakan sonsang didalam kandungan tetapi akhirnya dia kembali ke keadaan yang sepatutnya dengan izin Allah S.W.T. , doktor menyuruh aku diindius agar dia x sonsang kembali.dan aku bersetuju asalkan bayiku ini selamat..
Kontraksi yang aku alami amat getir kerana setiap seminit sakitnya menyerang tetapi sakit tersebut hilang bila jururawat meltakkannya diatas pangkuanku sejurus dilahirkan....betapa besar nikmat yang tuhan berikan kepada ku dan suamiku..
Akan ku pelihara amanat Allah ni dengan sebaiknya.....dan jutaan terima kasih aku ucapkan kepada jururawat yang membantu aku melahirkan bayiku ini dan juga kepada jururawat di wad 2A di hospital Putrajaya...Layanan mereka amat baik...dan terima kasih juga buat doktor yang bertugas di sana...
Satu perkara yang manarik hatiku..kerana aku ditempatkan di katil 9 dan apabila di labor room aku ditempatkan di bilik no 9 juga dan aku melahirkan puteri ku ini pada 19hb...satu angka yang amat menarik....

Syukur alhamdulillah.................